Wednesday, July 28, 2010

Abdullah bin Siddiq Al-Ghumari 1328-1413H/1910-1993M

Nasab dan Kelahirannya.

Dia Abu Al-Fadl Syed Abdullah bin Syed Muhammad bin Syed As-Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah sehingga ke Saidina Hasan bin Saidina Ali r.a. . Maka keturunannya sampai ke Rasul Allah SAW.

Ini adalah keturunannya yang diketahui dan masyhur di antara ahli keluarga kami Al-Ghumari (1)

Berkata saudaranya Syed Ahmad(2) ‘ Adapun keturunan itu benar dibuktikan dengan jalan penyaksian yang berperingkat-peringkat di anta manusia ‘.

Beliau dilahirkan pada akhir Jamadil Awwal tahun 1328M, di bandar Tanjah(Tanger). Ayahnya seorang ulama pada zamannya ( Sidi Muhammad bin As-Siddiq(3) ), berasal dari Kabilah Bani Mansur, dari Kabilah Ghumarah.

Sedikit Cerita Tentang Hayat HIdupnya.

Beliau membesar dalam suasana ilmu. Ketika umurnya 5 tahun lagi, beliau sudah menghafal Quran di dalam riwayat Warash. Adapun riwayat Warash digunapakai di Maghrib selepas Hisyam. Beliau menghafal Manzumah Al-Kharraz(Mawrid Az-Zom’an) dan menghafal sebahagian matan seperti Matan Hadis 40 Nawawi, Matan Ibnu Ajrum, Alfiyah Ibnu Malik, sebahagian dari Bulughul maram Min Adillah Al-Ahkam oleh Ibnu Hajar, Mukhtasar As-Syeikh Khalil bin Ishaq (Fiqh Mazhab Maliki).

Beliau mengembara ke Fes, ke Qairawan dan kembali semula ke Tanjah, dan ke Fes semula. Disitubeliau mempelajari,

Nahu – Syarah Alfiyah Ibnu Malik syarah oleh Ibnu Aqil, Hashiah As-Syuja’i disyarahkan oleh Al-Makudi, dan Hasyiah Ibnu Al-Haj.

Feqh – Mukhtasar Syeikh Khalil syarahan Al-Kharsyi, sebahagian dari syarahan Az-Zarqani.

Hadis – Sahih Bukhari syarahan Al-Qastalani, Hasyiah As-Syanwani, Ringkasan Ibnu Abi Jamrah bagi Sahih Muslim.

Tafsir – Tafsir Al-Jalalain Hasyiah As-Sowi.

Usul – Jam’ul Jawami3 syarah Al-Muhalla, Tauhid oleh Ibnu Asyir.

Di antara guru-gurunya ialah,

- Al-Allamah Sidi Habib Al-Mahaji

- Al-Allamah Maulay Ahmad Al-Qadiri

- Al-Allamah Sheikh Muhammad As-Sanhaji

- Abu Sana As-Sanhaji

- Al- Allamah Maulay Ahmad bin Jalani

- Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Al-Haj

- Al-Allamah Hussin Al-Iraqi

- Al-Allamah Al-Abbas Al-Bannani

- Al-Allamah Idris Al-Marakishi

- Al-Muhaddis Sidi Muhammad bin Jaafar Al-Kattani

Kemudian beliau merantau ke Iskandariah pada akhir Syaaban 1349H, mengambil ijazah dari Syaikh Abdul Majid Al-Labban. Sampai di Kaherah pada bulan Ramadhan dan belajar di situ dengan Syeikh Zahid Al-Kausari, Al-Allamah Syeih Yusuf Ad-Dajwi, Syeikh Mahmud Syaltut.

Beliau dipenjarakan pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser selama 11 tahun dan keluar penjaa pada 26 disember 1969. Di penjara beliau menulis kitab seperti Fadhail Nabi Fil Quran. Beliau pulang ke Maghrib pada 1970 dan menghabiskan sisa hidupnya di zawiyah dengan kehidupan yang sederhana dan penuh zuhud. Beliau meninggal pada Khamis 19 Syaaban 1413H bersamaan 11 Februari 1993 ketika berumur 85 tahun.

Murid-muridnya dan Kitab hasil penulisannya.

- Dr Ali Jumah ( penulis Kitab Al-Bayan Lima Tasyghil Al-Azhan)

- Syeikh Soleh Jaafari

- Dr Faruq Hamadah ( mengajar di Universiti Mohammad V, Rabat)

- dan ramai lagi.

Kitab- kitab hasil penulisannya sangat banyak tidak terkira jumlahnya tapi saya tuliskan sedikit sahaja. Di antara hasil penulisannya ialah,

- Itqan As-San’ah Fi Tahqiq Ma’na Al-Bid’ah

- Tamam Al-Minnah Bi Bayan Al-Khisol Al-Mujibah Lil Jannah

- Kamal Al-Iman Fi Tadawi Bil Quran

- Al-mahdi Al- Muntazar

- Al-Ihsan Fi Taaqqub Al-Ittiqan

- Al- Ibhaj Bi Takhrij Ahadis Al-Minhaj (Usul Baidhawi ) – buku madah takhrij hadis

- dan banyak lagi.

Semoga Allah merahmati ruh beliau. Amin

[Terjemahan dan Ringkasan dari Kitab Abdullah bin Siddiq Al-Ghumari oleh Faruq Hamadah]

No comments:

Post a Comment